Kemahiran Bertutur dan Mendengar Oleh: MUHAMMAD FIRDAUS PPISMP JUN 2020

 Nama Kumpulan :FISABILILLAH


PENGENALAN



















Kemahiran lisan yang terdiri daripada kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi  cenderung menguasai kemahiran membaca dan  menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan ia menyampaikan perasaan.





Kemahiran mendengar merujuk kepada  keupayaan seseorang mendengar dengan

teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan.

Kemahiran bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna .Di samping penghasilan bunyi bahasa ,seseorang itu akan menggunakan unsur unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan  maksud pertuturan


PROSES MENDENGAR

Terdapat 4 proses mendengar






Rajah 2: Proses Mendengar



Proses mendengar ini berlaku apabila Ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan  terhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudian pendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu

sebutan berlaku secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.



BENTUK BENTUK KEMAHIRAN MENDENGAR

Terdapat  tujuh bentuk kemahiran kemahiran yang terdapat didalam skop kemahiran mendengar.





Rajah 3:Bentuk Kemahiran Mendengar


Rajah diatas menjelaskan bagaimana bentuk bentuk kemahiran mendengar  yang berlaku dalam kehidupan kita seharian iaitu secara pasif,secara bertelau telau, dengan emosi ,secara menebuk nebuk ,tanpa tindak balas ,secara berhati hati dengan pengamatan dan secara kritikal.



ASPEK-ASPEK PENTING DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR

Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain,keupayaan manusia mengujarkan kata-kata ,melibatkan individu berkata-kata atau bercakap serta penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang bermakna .Justeru itu ia memerlukan jua kepada aspek dalam kemahiran bertutur.




Rajah 4:Aspek Aspek Penting Dalam Kemahiran Bertutur


Penjelasan aspek aspek ini yang terjadi dalam kemahiran bertutur terjadi bermula daripada


Tekanan:

tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan.

 

 Mora (panjang-pendek):

 Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;

Tatabahasa:

Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;

Kelancaran:

Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.

Kefasihan:

Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;

Laras bahasa:

Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.


PROSES KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur diajarkan untuk membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.Justeru itu ,melalui proses :



                                                  Rajah 5: Proses Kemahiran Bertutur


Proses ini bermula dengan menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang betul kemudian bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi sosial.Seterusnya ,berbual dan berbincang tentang kehidupan yang berkaitan dengan diri, keluarga dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta intonasi yang betul serta menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan

mengemukakan soalan secara jelas dan sopan .Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau isu yang dikemukakan.


PERINGKAT  DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR

 Dalam aspek kemahiran bertutur melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat awal,peringkat pertengahan serta peringkat maju.

PERINGKAT DALAM KEMAHIRAN BERTUTUR


    


                                          Rajah  6:Peringkat Dalam Kemahiran  Bertutur     

Melalui peringkat kemahiran bertutur ini membolehkan murid bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa serta dalam aktiviti perbahasan dan syarahan.Ia bermula melalui peringkat awal khususnya kanak kanak  dimana pertuturan awal dimulai dengan melafazkan pengucapan yang bertatasusila oleh guru dan menyoal untuk mendapatkan maklumat yang sahih serta membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi apabila  tahu.Selain itu ,diperingkat awal ini kanak -kanak lebih suka untuk mengajuk perkataan yang didengar mereka kerana  itu merupakan pemikiran yang wajar untuk usia sebegitu.

 Di peringkat pertengahan ,murid murid akan membuat deskripsi tentang objek atau gambar serta bercerita berdasarkan satu siri gambar yang dilihat olehnya.Selain itu,murid lebih suka membaca iklan dan peraturan,memberi ucapan pendek yang lebih mudah serta memberi komen secara lebih mudah .

 Manakala di peringkat maju,tahap keupayaan murid untuk bertutur semakin bagus apabila murid sudah mampu mendeskripski sesuatu peristiwa objek peroses atau permainan dan sebagainya dengan baik.Tambahan lagi, murid juga mampu bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya serta mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog. Akhir sekali pemikiran kritis dan juga kreatif dapat dipupuk apabila murid gemar bertanya untuk mendapatkan maklumat serta sudah mampu menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan.


RUMUSAN

Kemahiran mendengar dan bertutur sangat penting dalam kehidupan seseorang.Keperluan mendengar dan bertutur secara berkesan dapatmewujudkan suasana berkomunikasi yang baik dengan penyaluran mesejsecara dua hala dan menghasilkan persefahaman secara optimum.Dalamkonteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelajar perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini agar membolehkan mereka dapat menguasai kandunganmata pelajaran yang disampaikan oleh guru dalam pengajarannya.Keupayaanmendengar dan bertutur yang baik juga merupakan satu kelebihan terutamanyabagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran yang akan berlangsungdengan lancar


Contoh Video aktiviti mendengar dan bertutur:

1)   





2)   

  






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Syafiq PPISMP JUN 2020

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Zahir PPISMP JUN 2020