Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Zahir PPISMP JUN 2020
Nama Kumpulan :FISABILILLAH
PENGENALAN
Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran lisan dan merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran bahasa. Murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik kebiasaanya berpotensi menguasai kemahiran yang lain iaitu kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Penguasaan kemahiran lisan membolehkan seseorang manusia seperti murid mencapai kejayaan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam era kemodenan yang serba canggih pada zaman ini. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, murid perlu dilatih menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur secara kerap dan terancang agar mereka dapat menguasai kemahiran lisan tersebut.
KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR
Secara umumnya, aliran kemahiran mendengar adalah melalui kemahiran menerima, menaakul dan memproses maklumat semasa komunikasi secara lisan.
Kemahiran mendengar bermaksud kemahiran yang melibatkan penerimaan bunyi bahasa melalui telinga yang membolehkan seseorang mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan. Sebagai contoh, murid-murid mendengar dengan teliti untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam proses pengajaran guru. Pengajaran bahasa yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dimulakan pada peringkat awal lagi untuk membolehkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.
Berdasarkan buku ”Pedagogi Bahasa” Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Menurut ILA (1996) pula, kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaanya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar sebenarnya melibatkan beberapa proses yang berlaku dalam masa yang singkat.
Rajah: Aliran proses kemahiran mendengar
Proses kemahiran mendengar terdiri daripada empat proses. Proses yang pertama adalah mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi yang terhasil daripada unsur-unsur luar mengandungi pelbagai jenis bentuk dengan maksud tertentu. Apabila bunyi sampai kepada pendengar dan dapat didengari olehnya, secara tidak langsung pendengar dapat mengesan arah sumber bunyi itu dihasilkan.
Proses kedua adalah memahami bunyi-bunyi bahasa. Pendengar akan menghubungkaitkan deretan bunyi daripada tingkah laku penutur kerana sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Proses ini yang dilakukan berulang kali akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
Proses seterusnya adalah menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Pendengar akan mengenalpasti samada bunyi tersebut berintonasi tinggi atau rendah. Pendengar yang baik bukan sahaja boleh memahami malah dapat membuat interprestasi di samping mengetahui maksud setiap ujuran yang dilafazkan.
Proses terakhir adalah bertindak balas terhadap bunyi. Proses ini berlaku apabila pendengar telah melalui ketiga-tiga proses tadi. Proses ini juga merupakan waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Secara umumnya, tujuan mendengar adalah untuk membolehkan pendengar mengetahui makna sesuatu bunyi yang diterima. Namun begitu, tujuan kemahiran mendengar secara khusus adalah untuk memperoleh idea, mencari isi-isi maklumat penting daripada apa yang didengar, melakukan arahan dan tindak balas serta mengenalpasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929) menyatakan bahawa kira-kira 85 peratus daripada pengetahuan seseorang manusia diperolehi melalui pendengaran. Hal ini kerana 70 peratus daripada waktu tidak tidur dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45 peratus pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala, 30 peratus lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan. Hanya 16 peratus daripada masa komunikasi digunakan untuk bacaan dan 9 peratus masa untuk penulisan.
KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur merupakan suatu cara berkomunikasi yang amat kompleks. Hal ini dikatakan demikian kerana pertuturan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Takrifan kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia yang dikenali sebagai artikulator. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Selain penghasilan bunyi bahasa, penggunaan unsur-unsur prosodi dan para linguistik semasa bertutur juga berperanan untuk menguatkan maksud pertuturan.
PROSES KEMAHIRAN BERTUTUR
Proses bertutur sebenarnya belaku ketika menyebut perkataan dengan betul, fasih, menggunakan intonasi yang betul dan mampu memberi pendapat dengan jelas semasa interaksi sosial. Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran bertutur yang melibatkan aktiviti peringkat awal, peringkat pertengahan dan peringkat maju.
rajah: Proses kemahiran bertutur
TUJUAN KEMAHIRAN BERTUTUR
Tujuan bertutur sebenarnya adalah untuk memastikan pelajar mampu bertutur dan memberi pendapat dalam apa jua keadaan perhubungan sama ada perbualan dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan aktiviti yang lain. Bagi memastikan tujuan bertutur dapat dicapai, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam membantu pelajar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul serta penggunaan perkataan yang tepat ketika dalam perbualan
Rajah:Tujuan kemahiran bertutur
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEUPAYAAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina. Hal ini kerana, kelancaran dan kebolehan pertuturan seseorang individu adalah tidak sama berdasarkan faktor-faktor tersebut.

Rajah: Faktor yang mempengaruhi keupayaan bertutur.
Faktor-faktor mempengaruhi pertuturan terdiri daripada enam faktor. Antara faktor berikut ialah faktor kecerdasan. Tahap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap orang adalah tidak sama. Perbezaan potensi minda individu akan menentukan perkembangan kemahiran bertutur. Hal ini kerana, kemampuan individu menghasilkan bahasa berhubungkait dengan kecerdasan otak.
Selain itu, faktor kesihatan juga mempengaruhi pertuturan kerana apabila seseorang sakit atau menghidapi penyakit tertentu seperti sakit berlanjutan semasa kecil secara tidak langsung akan mengganggu proses bertutur. Hal ini disebabkan oleh tahap kesihatan yang rendah mengakibatkan seseorang tidak ada kekuatan untuk berfikir.
Seterusnya, faktor fizikal melibatkan kerosakan dan kegagalan organ vokal untuk berfungsi akan menghalang kelancaran pertuturan dengan baik
Faktor alam sekeliling pula berkait dengan taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga. Seperti yang kita tahu, perubahan ekonomi dan perbezaan sikap manusia akan memberi impak yang mendalam kepada pertuturan seseorang.
Selain faktor alam sekeliling, faktor jantina juga mempengaruhi pertuturan. Kajian mendapati bahawa perkembangan tahap pertuturan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali, faktor dwibahasa. Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua dalam kalangan keluarga menyebabkan kanak-kanak mengambil jangka masa lama untuk menguasai pertuturan bahasa dengan baik dan lacar. Keadaan ini jelas menunjukkan kanak-kanak ekabahasa bertutur lebih baik berbanding kanak-kanak dwibahasa.
KESIMPULAN
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi bahasa dan membolehkan murid menyebut serta menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas melalui penguasaan kemahiran bertutur. Kemahiran lisan sangat penting dalam kehidupan seseorang dan merupakan nikmat kurniaan Tuhan yang mesti kita syukuri kerana dapat mendengar dan bertutur dengan baik. Kita semua berharap agar kemampuan yang kita ada untuk mendengar dan bertutur dapat digunakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur ke arah memajukan diri, masyarakat dan negara.
Berdasarkan buku ”Pedagogi Bahasa” Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa kemahiran mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Menurut ILA (1996) pula, kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana penggunaanya begitu meluas dalam kehidupan seharian.
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Kemahiran mendengar sebenarnya melibatkan beberapa proses yang berlaku dalam masa yang singkat.
Proses kemahiran mendengar terdiri daripada empat proses. Proses yang pertama adalah mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi yang terhasil daripada unsur-unsur luar mengandungi pelbagai jenis bentuk dengan maksud tertentu. Apabila bunyi sampai kepada pendengar dan dapat didengari olehnya, secara tidak langsung pendengar dapat mengesan arah sumber bunyi itu dihasilkan.
Proses kedua adalah memahami bunyi-bunyi bahasa. Pendengar akan menghubungkaitkan deretan bunyi daripada tingkah laku penutur kerana sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Proses ini yang dilakukan berulang kali akan menjadi kebiasaan kepada pendengar.
Proses seterusnya adalah menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Pendengar akan mengenalpasti samada bunyi tersebut berintonasi tinggi atau rendah. Pendengar yang baik bukan sahaja boleh memahami malah dapat membuat interprestasi di samping mengetahui maksud setiap ujuran yang dilafazkan.
Proses terakhir adalah bertindak balas terhadap bunyi. Proses ini berlaku apabila pendengar telah melalui ketiga-tiga proses tadi. Proses ini juga merupakan waktu pendengar akan membuat rumusan dan keputusan. Ia akan melakukan sesuatu setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Secara umumnya, tujuan mendengar adalah untuk membolehkan pendengar mengetahui makna sesuatu bunyi yang diterima. Namun begitu, tujuan kemahiran mendengar secara khusus adalah untuk memperoleh idea, mencari isi-isi maklumat penting daripada apa yang didengar, melakukan arahan dan tindak balas serta mengenalpasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan.
KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Menurut seorang pakar komunikasi, Paul Rankin (1929) menyatakan bahawa kira-kira 85 peratus daripada pengetahuan seseorang manusia diperolehi melalui pendengaran. Hal ini kerana 70 peratus daripada waktu tidak tidur dalam sehari digunakan untuk berkomunikasi dan 45 peratus pula digunakan untuk mendengar sesuatu. Manakala, 30 peratus lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan. Hanya 16 peratus daripada masa komunikasi digunakan untuk bacaan dan 9 peratus masa untuk penulisan.
KONSEP KEMAHIRAN BERTUTUR
Kemahiran bertutur merupakan suatu cara berkomunikasi yang amat kompleks. Hal ini dikatakan demikian kerana pertuturan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Takrifan kemahiran bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia yang dikenali sebagai artikulator. Individu lebih banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya. Selain penghasilan bunyi bahasa, penggunaan unsur-unsur prosodi dan para linguistik semasa bertutur juga berperanan untuk menguatkan maksud pertuturan.
PROSES KEMAHIRAN BERTUTUR
TUJUAN KEMAHIRAN BERTUTUR
Tujuan bertutur sebenarnya adalah untuk memastikan pelajar mampu bertutur dan memberi pendapat dalam apa jua keadaan perhubungan sama ada perbualan dengan ibu bapa, rakan-rakan, guru dan aktiviti yang lain. Bagi memastikan tujuan bertutur dapat dicapai, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam membantu pelajar menggunakan sebutan dan intonasi yang betul serta penggunaan perkataan yang tepat ketika dalam perbualan
Rajah: Faktor yang mempengaruhi keupayaan bertutur.
Faktor-faktor mempengaruhi pertuturan terdiri daripada enam faktor. Antara faktor berikut ialah faktor kecerdasan. Tahap kecerdasan yang dimiliki oleh setiap orang adalah tidak sama. Perbezaan potensi minda individu akan menentukan perkembangan kemahiran bertutur. Hal ini kerana, kemampuan individu menghasilkan bahasa berhubungkait dengan kecerdasan otak.
Selain itu, faktor kesihatan juga mempengaruhi pertuturan kerana apabila seseorang sakit atau menghidapi penyakit tertentu seperti sakit berlanjutan semasa kecil secara tidak langsung akan mengganggu proses bertutur. Hal ini disebabkan oleh tahap kesihatan yang rendah mengakibatkan seseorang tidak ada kekuatan untuk berfikir.
Seterusnya, faktor fizikal melibatkan kerosakan dan kegagalan organ vokal untuk berfungsi akan menghalang kelancaran pertuturan dengan baik
Faktor alam sekeliling pula berkait dengan taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga. Seperti yang kita tahu, perubahan ekonomi dan perbezaan sikap manusia akan memberi impak yang mendalam kepada pertuturan seseorang.
Selain faktor alam sekeliling, faktor jantina juga mempengaruhi pertuturan. Kajian mendapati bahawa perkembangan tahap pertuturan kanak-kanak perempuan lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.
Akhir sekali, faktor dwibahasa. Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa kedua dalam kalangan keluarga menyebabkan kanak-kanak mengambil jangka masa lama untuk menguasai pertuturan bahasa dengan baik dan lacar. Keadaan ini jelas menunjukkan kanak-kanak ekabahasa bertutur lebih baik berbanding kanak-kanak dwibahasa.
KESIMPULAN
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, murid-murid dapat menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi bahasa dan membolehkan murid menyebut serta menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas melalui penguasaan kemahiran bertutur. Kemahiran lisan sangat penting dalam kehidupan seseorang dan merupakan nikmat kurniaan Tuhan yang mesti kita syukuri kerana dapat mendengar dan bertutur dengan baik. Kita semua berharap agar kemampuan yang kita ada untuk mendengar dan bertutur dapat digunakan untuk memperbaiki dan meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur ke arah memajukan diri, masyarakat dan negara.



Ulasan
Catat Ulasan