Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Syafiq PPISMP JUN 2020

 Nama Kumpulan :FISABILILLAH


1.0  Pengenalan

Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur merupakan dua kemahiran yang perlu dikuasai dan penting bagi setiap individu dalam mendalami proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini amatlah penting bagi setiap individu kerana ianya membolehkan setiap individu mentafsir maklumat dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Secara umumnya,  dalam proses penerimaan bahasa, di dapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu sudah pun terdedah kepada bunyi bahasa. Hal ini bermaksud bahawa kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran paling asas dalam berbahasa. Walaupun kemahiran-kemahiran ini merupakan kemahiran yang asas, ianya menjadi tunjang utama dan penentu kepada keupayaan seseorang untuk mencorak kehidupan pada masa akan datang. Kemahiran-kemahiran ini dikatakan amat penting kerana, sebelum seseorang individu itu mahir dalam kemahiran membaca dan  menulis, individu tersebut perlu mendengar untuk menerima sesuatu maklumat dan bertutur untuk membolehkannya mengenali setiap perkara, benda dan maklumat yang diterima.

 

2.0 Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar memerlukan usaha-usaha aktif dari fikiran dan sepenuh perhatian setiap individu. Menurut Yahya Othman (1986), mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan perlu dipelajari secara intensif semasa belajar di sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Kemahiran ini menjadikan anggota telinga sebagai komponen utama dan medium untuk menerima maklumat dalam bentuk bunyi-bunyi seterusnya menghubungkannya kepada otak di mana pemprosesan dan pentafsiran kod-kod bunyi yang diterima berlaku. Proses ini melibatkan dua peringkat iaitu peringkat pertama di mana berlakunya penerimaan dan pembezaan bunyi-bunyi bahasa yang hampir sama manakala peringkat kedua pula berlaku proses pemahaman bunyi bahasa serta maknanya seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Proses mendengar ini diklasifikasikan sebagai satu aktiviti yang aktif kerana pendengar akan mengenal pasti makna bunyi bahasa dan menyimpan maklumat yang difahami di dalam otak


2.1 Proses mendengar



                                                      Rajah 1 :Proses mendengar


Proses mendengar dimulakan dengan kehadiraan bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur. Pendengar akan menerima dan mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa tersebut seterusnya memulakan proses untuk menilai bunyi bahasa yang diterima. Proses menilai ini akan berlaku sejurus bunyi yang diterima dihantar kepada otak. Setelah proses menilai selesai, otak akan mula mentafsir dan memahami maklumat-maklumat yang diterima berdasarkan kod-kod bunyi yang di nilai sebelumnya. Akhir sekali, setelah selesai proses untuk menilai dan memahami, pendengar akan mula bertindak balas kepada maklumat yang diterima sama ada secara fizikal ataupun emosi .

2.2 Jenis-jenis kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar terbahagi kepada dua bahagian iaitu mendengar secara aktif yang melibatkan penutur dan pendengar. Dalam bahagian ini, pendengar akan memberikan respon secara lisan kepada penutur dan berlaku interaksi dua hala. Bahagian kedua adalah mendengar secara pasif dimana melibatkan penutur dan pendengar tetapi pendengar tidak memberikan respon secara lisan kepada penutur menyebabkan interaksi satu hala sahaja yang berlaku. 

Rajah 2:Contoh Kemahiran Mendengar


2.3 Peringkat Kemahiran Mendengar

Peringkat kemahiran mendengar terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pertama,kedua dan ketiga iaitu:

PERINGKAT PERTAMA:


  • Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi.

  • Mendengar dan mengecam makna perkataan, rangkai kata dan ayat dalam petikan

  • Melakukan perkara dan aktiviti yang disuruh .



PERINGKAT KEDUA:

  • Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara tepat dan terperinci.

  • Mengenal informasi spesifik dan maklumat khusus.

  • Mengenali perhubungan orang yang berinteraksi dalam kehidupan sosial



PERINGKAT KETIGA:


  • Dilatih untuk mengenal isi penting

  • Mentafsir maksud ayat yang diucap berdasarkan intonasi dan tekanan.

  • Melibatkan diri dalam berdialog dan berbual.


2.4 Bentuk-bentuk kemahiran Mendengar


            







 Rajah 3 :Bentuk Kemahiran Mendengar


Menurut Kamarudin Haji Husin (1997), kemahiran mendengar berlaku dalam pelbagai bentuk antaranya adalah secara pasif di mana pendengar tidak berupaya memahami keseluruhan makna yang disampaikan atas faktor bahan kurang menarik  serta sukar difahami dan mendengar secara beremosi iaitu pendengar merasakan sesuatu dalam ucapan serta tidak menyinggung perasaan orang atau menimbulkan salah faham. Selain itu, mendengar secara bertelau-telau yang berlaku pada pelajar yang belajar bahasa asing kerana lemah dalam bahasa tersebut dan kurang pendedahan dan Mendengar secara berhati-hati di mana tumpuan diberikan terhadap setiap perkataan yang dituturkan. Seterusnya, mendengar secara tindak balas iaitu pelajar mendengar tanpa bertindak disebabkan tidak peka atau tidak memahami apa yang diucapkan dan mendengar secara menebuk-nebuk iaitu pendengar memilih apa yang mahu didengar kerana daya kefahaman rendah dan pengaruh minat. Bentuk seterusnya ialah mendengar secara kritikal iaitu memerlukan seseorang berfikir dengan kritis dan analitis yang tinggi dan Mendengar secara di mana pendengar mudah memahami sesuatu yang diujarkan berdasarkan pengalamannya. Akhir sekali, mendengar secara kreatif iaitu menggunakan daya kreativitinya untuk mencipta sesuatu berdasarkan apa yang didengarinya.


2.5 Faktor-faktor mempengaruhi kemahiran mendengar









                                                                      Rajah 4 :Faktor Yang Mempengaruhi                                                        

 2.6 Aktiviti untuk kemahiran mendengar


                                 ilustrasi aktiviti mendengar 1


Ilustrasi di atas menunjukkan seorang guru membacakan sebuah buku cerita kepada muridnya. Aktiviti ini amatlah sesuai bagi membina kemahiran para pelajar dari usia muda kerana pembacaan cerita-cerita rekaan dapat menarik minat pelajar untuk memberikan tumpuan kepada penyampaian yang diberikan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk mendengar dan memahami setiap perkataan yang disebutkan.


ilustrasi aktiviti mendengar 2


Selain itu, aktiviti kedua adalah menjalankan kuiz berdasarkan rakaman pita yang dimainkan. Melalui aktiviti ini, pelajar perlu menjawab kuiz yang diberikan dan jawapan yang diberikan adalah berdasarkan jawapan yang didengarkan dalam rakaman pita tersebut. Melalui aktiviti ini, guru dapat menilai sejauh mana kemampuan pelajar untuk menerima maklumat dan mentafsirkannya manakala murid dapat meningkatkan kemampuan untuk menerima maklumat dalam masa yang singkat.


3.0 Definisi kemahiran bertutur

Bertutur merupakan aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan altikulator manusia. Kemahiran ini merupakan satu keupayaan bagi setiap individu bagi menyampaikan maklumat secara lisan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul. Dalam kajian Barker (1971), sebanyak  30% kemahiran bertutur digunakan daripada keseluruhan kemahiran ketika manusia sedar. Kemahiran ini mula dibentuk di usia bayi lagi apabila berlakunya proses meniru dan mengajuk percakapan individu yang berada di sekeliling  dan kemahiran ini mempunyai hubungan dengan operasi mental kerana ia membolehkan individu memahami dan mempelajari perkara yang didengari.


3.1 Faktor mempengaruhi kemahiran pertuturan



3.2 Aspek pertuturan  



Aspek pertuturan terbahagi kepada dua iaitu verbal dan non-verbal. Aspek verbal melibatkan sebutan iaitu menyebut sesuatu dengan tepat seperti yang sepatutnya dan intonasi iaitu keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Seterusnya, tekanan iaitu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu dan  jeda yang disebut sebagai persendian di mana unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata, atau ayat serta kelancaran di mana individu itu boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Akhir sekali, kefasihan dan tatabahasa iaitu bukan sahaja boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, teratur dan licin, tetapi boleh juga membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas serta menggunakan sistem pertuturan dan undang-undang penggabungan perkataan secara betul.

Aspek non-verbal pula melibatkan aspek gerakan anggota badan seperti gerakan tangan dan mata. Pergerakan anggota badan ini memberikan makna-makna yang tertentu berdasarkan mesej-mesej yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, pergerakan mata yang menumpukan ke arah sesuatu benda yang ingin ditunjukkan kepada individu lain. Hal ini dapat mempengaruhi individu tersebut untuk melihat perkara yang ingin ditunjukkan tanpa perlu menggunakan lisan. Pergerakan-pergerakan ini juga ada membawa maksud-maksud yang tersirat bertujuan untuk meminimakan pendengar yang tidak diingini. Mimik muka juga merupakan sebahagian aspek non-verbal dan ianya memainkan peranan penting untuk menunjukkan perasaan seseorang itu.

3.3 Aktiviti untuk kemahiran bertutur



        Rajah aktiviti mendengar 1


Rajah di atas menunjukkan sekumpulan pelajar menjalankan aktiviti lakonan pendek. Aktiviti ini sesuai dijalankan untuk membina kemahiran bertutur dalam diri pelajar kerana ianya melibatkan proses komunikasi sesama pelajar. Dalam aktiviti tersebut, watak dan peranan yang berbeza memainkan peranan yang penting dalam melatih pelajar untuk menggunakan intonasi dan ekspresi yang berbeza mengikut watak yang dilakonkan.



      Ilustrasi aktiviti mendengar 1


Selain itu, pelajar juga boleh di suruh untuk melakukan ucapan pendek ataupun bercerita di hadapan kelas. Hal ini bertujuan untuk membiasakan pelajar untuk bertutur dan guru mampu menegur setiap kesalahan dalam pertuturan yang dilakukan oleh pelajar justeru dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyampaikan sessuatu maklumat.


4.0 Kesimpulan

Intihannya, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan suatu perkara yang amat penting dalam diri setiap individu. Kemahian-kemahiran ini akan menjadi keperluan bagi setiap individu untuk meneruskan hidup pada masa kini. Oleh itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab untuk membantu generasi baharu dalam membina kemahiran-kemahiran ini agar masa depan mereka menjadi lebih cerah dan terjamin.



 

 











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Zahir PPISMP JUN 2020