Catatan

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Zahir PPISMP JUN 2020

Imej
 Nama Kumpulan :FISABILILLAH PENGENALAN           Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran lisan dan merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran bahasa. Murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik kebiasaanya berpotensi menguasai kemahiran yang lain iaitu kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Penguasaan kemahiran lisan membolehkan seseorang manusia seperti murid mencapai kejayaan dalam kehidupan lebih-lebih lagi dalam era kemodenan yang serba canggih pada zaman ini. Kemahiran mendengar boleh mempengaruhi kemahiran bertutur dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, murid perlu dilatih menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur secara kerap dan terancang agar mereka dapat menguasai kemahira n lisan tersebut. KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR           Secara umumnya, aliran kemahiran mendengar adalah melalui kemahiran menerima, me...

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Syafiq PPISMP JUN 2020

Imej
 Nama Kumpulan :FISABILILLAH 1.0   Pengenalan Kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur merupakan dua kemahiran yang perlu dikuasai dan penting bagi setiap individu dalam mendalami proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran ini amatlah penting bagi setiap individu kerana ianya membolehkan setiap individu mentafsir maklumat dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru. Secara umumnya,  dalam proses penerimaan bahasa, di dapati bahawa sebelum perkataan atau bunyi pertama keluar dari mulut bayi, bayi itu sudah pun terdedah kepada bunyi bahasa. Hal ini bermaksud bahawa kemahiran mendengar dan bertutur merupakan kemahiran paling asas dalam berbahasa. Walaupun kemahiran-kemahiran ini merupakan kemahiran yang asas, ianya menjadi tunjang utama dan penentu kepada keupayaan seseorang untuk mencorak kehidupan pada masa akan datang. Kemahiran-kemahiran ini dikatakan amat penting kerana, sebelum seseorang individu itu mahir dalam kemahiran membaca dan  menulis, individu ters...