Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Rifqi Azwar PPISMP JUN 2020

 Nama Kumpulan : FISABILILLAH


   KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

 Terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam kemahiran mendengar dan bertutur, antaranya seperti berikut:






Aspek-aspek dalam kemahiran mendengar dan bertutur

  PENGENALAN

Kemahiran mendengar dan bertutur atau lebih dikenali sebagai kemahiran lisan adalah suatu kemahiran untuk berkomunikasi yang paling asas bagi setiap individu. Hal ini kerana seseorang itu boleh dianggap fasih berbahasa waima tidak dapat menguasai kemahiran bukan lisan iaitu kemahiran membaca dan menulis dengan baik. Memetik pandangan Asmah Haji Omar (2004), proses mendengar merupakan proses utama bagi kanak-kanak sebelum diikuti oleh bertutur,membaca serta menulis. Selain itu, setiap individu haruslah menguasai kemahiran lisan dengan lancar kerana ia merupakan asas kepada kemahiran berbahasa yang lain. Apabila berjaya menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak akan lebih mudah untuk menguasai kemahiran bahasa yang lain. Dalam konteks ini, prakarsa yang efisien mesti diterapkan untuk memantapkan lagi kemahiran lisan kanak-kanak.Oleh itu, ibu bapa haruslah berfikiran kritis dalam mendidik dan meningkatkan kemahiran bahasa anak-anak mereka sejak dari akar umbi


TUJUAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan bahawa tujuan pelajaran kemahiran lisan adalah:

a.     Mendengar, memahami pertuturan dan persekitaran yang terdapat dalam kehidupan seharian kita.

b.     Bertutur atau bercakap mengenai idea dengan menggunakan bahasa baku dalam pelbagai jenis platform komunikasi seperti syarahan,pidato,ceramah dan lain.    


    FAKTOR MEMPENGARUHI KEMAHIRAN MENDENGAR

Faktor-faktor mempengaruhi kemahiran mendengar

 

     Kemahiran mendengar telah dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya adalah faktor sosioekonomi. Hal ini dimana latar belakang keluarga akan mempengaruhi kemahiran mendengar kanak-kanak. Kanak-kanak akan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar jika sesebuah keluarga itu mempunyai kedudukan kewangan yang baik, kekerapan interaksi antara ahli keluarga dan kemudahan fasiliti seperti televisyen dan telefon pintar. Kesannya, emosi kanak-kanak itu lebih terkawal dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar.

 

   Dalam pada itu, jenis jantina juga turut mempengaruhi kemahiran mendengar. Berdasarkan fakta, kanak perempuan mengambil masa yang lebih singkat dalam kemahiran mendengar berbanding kanak-kanak lelaki semasa umur mereka lebih kurang 7-9 tahun yang sebayanya.

 

    Seterusnya, faktor yang ketiga ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseosang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya.

 

    Selanjutnya, faktor seterusnya ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.

 

    Akhirnya, ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran.


KONSEP MENDENGAR





Cara kemahiran mendengar dikonsepsikan

 

 Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa yang ditafsirkan melalui alat pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses. Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti seni yang merujuk kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur. Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak balas terhadap bunyi.


KEPENTINGAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Berikut adalah kepentingan-kepentingan kemahiran mendengar:





Kepentingan kemahiran mendengar

 

Mendengar mempunyai beberapa kepentingan antaranya dapat membantu seseorang itu mengembangkan pengetahuan mereka. Malahan, mendengar jga dapat menambahkan perbendaharaan kata dan berbahasa kerana mendengar adalah kemahiran asas dalam proses pembelajaran dan pengajian kita. Manakala menurut Weaver (1972) pula kepentingan kemahiran mendengar adalah seseorang dapat mengikut arahan yang diberikan dengan betul. Seterusnya dapat memberi tindak balas kepada orang yang bercakap. Akhirnya, mendengar akan menyebabkan seseorang itu kurang kebergantungan terhadap pendapat orang lain.


PROSES MENDENGAR

Proses mendengar terbahagi kepada empat peringkat iaitu,



Proses mendengar

 

   Murid-murid yang berjaya menguasai proses-proses diatas dapat mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa dan bukan bahasa dengan baik. Kesannya, murid dapat memberi respon terhadap maklumat yang disampaikan oleh guru mereka.

 

 

 

 

CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN MENDENGAR

 

Aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan kemahiran mendengar ini adalah

memperdengar petikan kepada murid-murid melalui pembacaan ilmiah. Hal ini untuk ditanyakan soalan kefahaman kepada mereka. Contohnya, guru akan membaca petikan daripada akhbar, majalah, jurnal, buku cerita  dan bertanyakan soalan mengenai tajuk yang telah dibaca kepada para pelajar.

 



Contoh ilustrasi aktiviti mendengar 1

 

Selain itu, aktiviti menyusun gambar juga boleh dilakukan. Contohnya memberi sekeping gambar yang telah diceraikan dan menyuruh murid untuk menyambung gambar tersebut menjadi gambar yang lengkap.

 



Contoh ilustrasi aktiviti mendengar 2

 

 

Tambahan pula guru boleh melakukan aktiviti seperti bermain permainan telefon karat.Contohnya murid diminta untuk beratur panjang dan orang hadapan perlu menyampikan maklumat kepada orang dibelakangnya dengan menggunakan bahasa badan.



Contoh ilustrasi aktiviti mendengar 3

 

Di samping itu,aktiviti dengan mengarahkan pelajar untuk menentukan bunyi-bunyi yang akan dimainkan oleh guru juga aktiviti yang boleh memastikan kemahiran mendengar dalam diri mereka dapat dipertingkatkan lagi. Contohnya, guru meniru gaya bunyi haiwan dan murid perlu menentukan bunyi tersebut dangan tepat. Hal ini dapat membantu mengenalpasti bahawa muridnya dapat menguasai kemahiran mendengar dengan baik atau tidak dapat menguasai. Perkara ini amat penting supaya pelajar boleh meneruskan pembelajaran mereka pada masa akan datang dengan lancar. 


KEMAHIRAN BERTUTUR

          DEFINISI

    Kemahiran bertutur adalah suatu proses komunikasi yang amat signifikasi. Penutur yang baik dapat mengkoordinasikan keupayaan mendengarnya untuk memperoleh maklumat bagi tujuan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi dan melakukan proses mental iaitu dengan mendengar dan membaca secara berkesan.

TUJUAN KEMAHIRAN BERTUTUR

Kemahiran bertutur dididik kepada kanak-kanak supaya mereka boleh bertutur serta boleh mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai atau bahasa baku dalam pelbagai keadaan untuk berkomunikasi seperti perbualan dengan rakan,guru,ibu bapa dan lain-lain.Untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran bertutur ini,guru perlulah memastikan kanak-kanak mahir untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan betul dari pelbagai aspek yang terdapat dalam kemahiran bertutur serta menggunakan perkataan atau ayat dengan lebih tepat.

 

  ASPEK-ASPEK PERTUTURAN




                                                     Aspek-aspek pertuturan



CONTOH AKTIVITI KEMAHIRAN BERTUTUR




Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam kemahiran bertutur ini adalah latih tubi sebutan. Tujuan aktivti ini dilakukan untuk melatih mereka supaya boleh menyebut suatu bunyi bagi perkataan itu dengan lancar dan tepat. Latih tubi yang sering memberi masalah kepada para pelajar adalah latih tubi pemintal lidah. Contoh ayat yang dilakukan adalah, biawak buaya biawak buaya dan “red lorry yellow lorry”. Murid perlu mengulangi ayat tersebut dengan kadar yang laju.

Tambahan pula, aktiviti memperkenalkan diri hadapan kelas. Contohnya,guru mempersilakan pelajar untuk menceritakan asal usul diri mereka di hadapan kelas supaya mereka terbiasa dan tidak berasa gementar untuk menyampaikan arahan yang diberi.

Seterusnya melalui aktivti nyanyian. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk melatih murid menyebut bunyi-bunyi pada setiap perkataan dengan betul dan mengikut rentak serta nadanya dengan tepat agar maksud yang ingin disampaikan adalah betul. Contoh lagu yang sering dinyanyikan di sekolah adalah lagu Negaraku.

Malahan,aktiviti lain yang boleh dilakukan dalam kemahiran bertutur ini adalah aktivti pembentangan kumpula. Guru akan membahagi murid mengikut kumpulan dan memberi tajuk dalam pembelajaran untuk dibentangkan. Kemudian, setiap kumpulan perlu berbincang bersama-sama ahli kumpulan untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan contohnya faktor kemalangan jalan raya. Akhir sekali, guru akan mengarahkan setiap kumpulan untuk membentangkan projek mereka dihadapan kelas agar dapat melahirkan murid yang petah bertutur.

 

 

KESIMPULAN

Dapat saya simpulkan di sini bahawa kemahiran bahasa ini dapat memudahkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh, itu semua pihak perlulah berganding bahu dalam memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur dengan baik. Natijahnya, Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang celik bahasa dan akan disegani di seantero jagatraya






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Syafiq PPISMP JUN 2020

Kemahiran Bertutur dan Mendengar oleh:Muhammad Zahir PPISMP JUN 2020